Aidil Adha – Hari Kesempurnaan Agama Islam

Setiap kali tibanya raya haji, maka di situ berulanglah sambutan kesempurnaan agama Islam.

Firman Allah SWT dalam ayat ke-3 surah al-Maidah bermaksud :

الْيَوْمَ أَكْمَلْتُ لَكُمْ دِينَكُمْ وَأَتْمَمْتُ عَلَيْكُمْ نِعْمَتِي وَرَضِيتُ لَكُمُ الْإسْلامَ دِينًا

Maksud : Pada hari ini aku telah sempurnakan buat kamu agama kamu,aku telah cukupkan ke atas kamu nikmatKu dan Aku telah redha Islam sebagai agama kamu.

Maka sepatutnya kita merasakan bernilainya hari ini sebagaimana perasaan kita melalui hari kesempurnaan umur kita (HARI JADI).
Pada hari ini Allah swt membuat ‘OPEN HOUSE’nya yang mulia, di mana semua hamba2-Nya dijemput ke baitullah untuk meraikan hari ini. Sebagaimana kita akan memberi hadiah sempena harijadi seseorang, maka pada hari raya haji ini juga Allah swt memerintahkan agar menyampaikan hadiah kepada-Nya dalam bentuk melaksanakan Qurban.
Sesungguhnya perlaksanaan qurban bukanlah bermaksud untuk memberi orang miskin makan tetapi lebih jauh dari itu ialah penilaian taqwa seseorang hamba sebagaimana firman Allah swt:

لَنْ يَنَالَ اللَّهَ لُحُومُهَا وَلَا دِمَاؤُهَا وَلَٰكِنْ يَنَالُهُ التَّقْوَىٰ مِنْكُمْ ْ

Maksud : Daging dan darah binatang korban atau hadiah itu tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepadaNya ialah ‘amal yang ikhlas yang berdasarkan taqwa kamu.

*Ibadah Qurban bukanlah suatu ibadat yang boleh digantikan.
Jika tertinggal solat, boleh digantikan, jika tertinggal puasa, boleh juga digantikan, tapi jika terlepas Qurban pada tahun ini, kita takkan dapat menggantikannya pada tahun depan.
Ustaz Ahmad Fadzlullah bin Hj Hasanuddin,
Pengurus Zabeeh Services Sdn Bhd