F.A.Q Aqiqah

Sila rujuk konten dibawah jika ada sebarang kemusykilan mengenai Aqiqah

Dari segi syara’ : binatang yang disembelih pada hari mencukur rambut bayi. Rasullah bersabda “setiap anak yang lahir itu terpelihara dengan aqiqahnya yang disembelih untuknya pada hari ke-7 (daripada hari kelahirannya), dicukur rambutnya dan diberi nama” – riwayat abu daud, at tarmizi dan ibnu majah

Sunat muakad – sunat yang sangat-sangat dituntut. Jika tidak laksanakan amatlah rugi.

Sebaiknya dilaksanakan pada hari ke 7 mengikut sunnah rasullah atau 14 atau 21 atau selagi dia belum baligh.

Disyariatkan oleh rasullah saw “bayi tregadai dengan aqiqahnya.” – riwayat At-tarmizi. Sebagai tanda ibu bapa mensyukuri nikmat mendapat anak. Ianya juga sunnah rasullah s.A.W

Ibu bapa kepada yang mendapat anak.

Yang terbaik untuk anak lelaki adalah 2 ekor kambing; Untuk anak perempuan seekor kambing sahaja. Hadis dari siti aisyah r.A “rasullah telah menyuruh kami mengerjakan aqiqah bayi lelaki 2 ekor kambing yang bersamaan kedua-duanya dan bayi perempuan seekor kambing” – riwayat at-tarmizi. Dalam kes anak lelaki, aqiqah seekor kambing pun sah kerana rasullah mengaqiqahkan cucu beliau hasan & husain dengan seekor kibasy – riwayat abu daud.

Akad hukumnya sunat, akad adalah lafaz niat

Harus suaminya diaqiqahkan.

Hukumnya bukanlah sunat muakkad tetapi sunat. Ianya sebagai tanda mensyukuri mendapat anak. Semoga kita mendapat syafaat daripada beliau sebagai anak kita.