F.A.Q Qurban

Sila rujuk konten dibawah jika ada sebarang kemusykilan mengenai Qurban

Qurban ialah penyembelihan binatang yang dilakukan pada hari raya aidiladha iaitu 10 zulhijjah (selepas solat) dan pada hari tasyrik berikutnya iaitu 11,12,13 zulhijjah.

Qurban hendaklah diniatkan sebagai ibadah kepada Allah swt dan tidak boleh atas tujuan lain. Qurban ini mengikut sunnah sebagai menghidupkan syariat nabi Ibrahim as yang kemudiannya disyariatkan kepada nabi Muhammad saw. “maka dirikanlah solat kerana tuhanmu dan berkorbanlah.” – surah al kawthar 108:2

Sunat muakad (sunat yang sangat-sangat dituntut). Jika tidak laksanakan amatlah rugi. Rasullah saw bersabda “aku disuruh berkorban dan ia sunat bagi kamu” – Riwayat At-Tarmizi.

  1. Menghidupkan sunnah nabi Ibrahim as -mendekatkan diri kepada allah dan mendidik jiwa ke arah taqwa.
  2. Menghapus dosa & mengharap redho Allah.
  3. Mengikis sifat tamak & melahirkan sifar murah hati.
  4. memperolehi kenderaan atau tunggangan ketika meniti titian sirat di akhirat kelak Rasullah bersabda “muliakanlah korban kamu kerana ia menjadi tunggangan kamu meniti titian pada hari kiamat.”

Setiap orang Islam yang sudah baligh.

Pada hari raya Aidiladha iaitu 10 Zulhijjah dan diikuti dengan hari-hari tasyrik pada 11,12,13 Zulhijjah.

  1. Bukan sunat muakkad lagi hukumnya tetapi harus. Jika qurban tersebut untuk ibu bapa yang sudah meninggal juga diterima kerana amalan yang diniatkan oleh anak insha allah sampai pada ibu bapa mereka.
  2. Jika qurban itu diwasiatkan maka wajib laksanakan.

Akad hukumnya sunat, akad adalah lafaz niat

Ibadah qurban ini dilakukan oleh seseorang untuk dirinya. Maka jika nak buat untuk anak sebaik-baiknya dimaklumkan kepada mereka agar mereka tahu mereka juga berkorban. Dalam masa yang sama kita mengajar mereka untuk melakukan pada masa akan datang.

Kita laksanakan di luar negara kerana nak membantu umat islam yang dalam kesusahan dari segi makanan. Kerana di luar negara umat islam hidup dalam keadaan susah. Di malaysia kadang-kadang daging qurban berlebihan dan mungkin ada yang membazir apabila memperolehinya.Tetapi di luar negra daging-daging tersebut digunakan sebaik mungkin tanpa pembaziran. Dimanfaatkan sebaik mungkin disana.

Qurban kalau boleh laksanakan setiap tahun untuk merebut fadhilat yang telah dijanjikan.

Boleh, tiada masalah.

Jika hutang yang berpanjangan seperti bayaran rumah, bayaran kereta maka tidak termasuk dalam kategori hutang yang dimaksudkan. Hutang yang membebankan diri sehingga tidak mampu untuk membeli makanan atau barangan asas hidup maka tidak perlu untuk dia membuat qurban.