Dalam hal ini, terdapat dua (2) situasi yang boleh kita rungkaikan permasalahan ini.
Sudah semestinya Ibadah Aqiqah yang perlu diutamakan. Bahkan ibu bapalah yang bertanggungjawab untuk melaksanakan Aqiqah ke atas anaknya. Tetapi, jika sekiranya si anak sudah dewasa (baligh), maka dia boleh melaksanakan Aqiqah untuk dirinya sendiri.
Apabila menjelang masuknya bulan ZULHIJJAH, dan telah hampir kepada waktu Korban, maka lebih utama melaksanakan Ibadah korban terlebih dahulu kerana waktu pelaksanaannya pada 10-13 Zulhijjah sahaja pada setiap tahun. Manakala Aqiqah pula boleh dilaksanakan bila-bila masa.
JIKA BERKEMAMPUAN, boleh laksanakan kedua-duanya sekali.