





Tiba lagi kita di bulan Zulhijjah.
Bulan yang sinonim dengan Haji kali ini agak janggal. Akibat wabak COVID-19, tiada jemaah Malaysia akan menunaikan haji musim ini.
Tapi, untuk mengekalkan syariat Aidiladha, kita masih diberi peluang untuk melaksanakan ibadah korban.
Alhamdulillah.
Firman Allah SWT yang bermaksud:
“Oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata, dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur).”
Surah Al-Kauthar, Ayat 2.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
“Muliakanlah qurban kamu kerana ia menjadi tunggangan kamu di titian pada Hari Qiamat”
‘Tapi tahun lepas saya dah buat. Kena buat lagi ke?’
Ibadah korban bukan seperti ibadah aqiqah yang digalakkan hanya sekali seumur hidup.
Hukum ibadah korban adalah sunat muakkad iaitu sunat yang sangat dituntut bagi muslim yang mampu setiap tahun selagi dia masih hidup.
‘Bukankah ibadah korban yang terbaik adalah ditempat sendiri?’
Benar. Tepat sekali!
Jumhur Ulama’ Ahli Sunnah Wal Jama’ah berpendapat ibadah korban yang terbaik adalah ditempat sendiri berdasarkan amalan Rasulullah SAW.
Walaubagaimanapun, hukum mewakilkan pelaksanaan korban ke luar negara (melalui penyedia servis) adalah harus berdasarkan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Kali ke-66.
Sekiranya anda mempunyai kemampuan dan slot korban di masjid/surau berdekatan masih ada,
BUATLAH KORBAN DI TEMPAT SENDIRI.
Tetapi jika ia sudah penuh, janganlah pula tinggalkan ibadah setahun sekali ini.
Kerana sekarang kita dah ada pilihan lain 🙂
Zabeeh Services Sdn. Bhd. ditubuhkan pada tahun 2013 untuk menghubungkan umat Islam di Malaysia dengan muslim diluar negara yang kurang bernasib baik melalui ibadah korban dan aqiqah.
Sepanjang 8 tahun ditubuhkan, Zabeeh Services telah melaksanakan korban dan aqiqah di 13 buah negara iaitu Myanmar, Indonesia, Bangladesh, Laos, Kemboja, Thailand, Filipina, India, Vietnam, Chad, Malawi, Mali dan Kenya.
Saksikan pelaksanaan korban kami di Indonesia pada pautan diatas