“Aidil Adha-
Hari Kesempurnaan Agama”

Setiap kali raya haji, maka disitu berulanglah sambutan kesempurnaan agama Islam.

Firman Allah swt dalam ayat ke 3 surah Al-Maidah bermaksud:

الْيَوْمَ أَكْمَلْتُ لَكُمْ دِينَكُمْ وَأَتْمَمْتُ عَلَيْكُمْ نِعْمَتِي وَرَضِيتُ لَكُمُ الْإسْلامَ دِينًا

Pada hari ini Aku telah sempurnakan buat kamu agama kamu, Aku telah cukupkan ke atas kamu nikmatKu dan Aku telah redha Islam sebagai agama kamu.

Maka sepatutnya kita merasakan bernilainya hari ini sebagaimana perasaan kita melalui hari kesempurnaan umur kita (HARI JADI).

"Ibadat Qurban bukanlah suatu ibadat yang boleh digantikan"

Jika tertinggal solat, boleh digantikan, jika tertinggal puasa, boleh juga digantikan, tapi jika terlepas Qurban pada tahun ini, kita takkan dapat menggantikannya pada tahun depan.

Ustaz Ahmad Fadzlullah bin Hj Hasanuddin

Pengurus Zabeeh Services Sdn Bhd