Apakah perbezaan Qurban & Aqiqah?

Menurut syara’, Aqiqah adalah sembelihan binatang yang dilakukan pada hari ke-7 kelahiran bayi sebagai tanda rasa bersyukur kepada Allah atas kurniaan yang diberikan.

Apakah hukum melaksanakan Aqiqah?

Sunat Muakkad iaitu sunat yang sangat-sangat dituntut melaksanakannya. Sangat-sangatlah rugi jika kita tak laksanakannya.

 

Siapa yang perlu laksanakan Aqiqah?

Ada 3 golongan yang dituntut untuk melaksanakan aqiqah. Susunan adalah mengikut keutamaan;

Pertama: Ibu bapa atau penjaga yang berkewajipan menanggung nafkah bayi. Berdasarkan Hadis Riwayat Ahmad dan At-Tirmizi:

“Seorang anak terikat dengan aqiqahnya yang disembelih pada hari ke tujuh, dan dicukur serta diberi nama.”

Kedua: Datuk/Nenek yang memperolehi cucu.

Afdhal mereka yang aqiqahkan cucu apabila ibu bapa belum mampu untuk aqiqahkan anak mereka. Ini kerana Rasulullah SAW juga Aqiqahkan cucu baginda Hasan dan Husain.

Ketiga: Laksanakan Aqiqah untuk diri sendiri.

Sekiranya kita dah berkemampuan dan belum diaqiqahkan oleh Ibubapa atau datuk, Aqiqahkanlah diri sendiri. Ini kerana Rasulullah SAW juga Aqiqahkan diri sendiri setelah dilantik menjadi Rasul.

 

Berapa bilangan haiwan sembelihan Aqiqah?

Yang terbaik untuk anak lelaki 2 ekor kambing dan anak perempuan 1 ekor kambing. Ini berdasarkan Hadis Riwayat At-Tirmizi:

“Rasulullah telah menyuruh kami mengerjakan Aqiqah bayi lelaki dua ekor kambing yang bersamaan kedua-duanya dan bayi perempuan seekor kambing.

 

Bagaimana daging diagihkan?

Aqiqah tidak mensyaratkan agihan daging sepertimana daging Korban.

Cuma daging Aqiqah sunat dimasak (boleh juga diagih secara mentah) dan diagihkan kepada sesiapa sahaja untuk dimakan.

 

Bilakah masa yang sesuai untuk laksanakan Aqiqah?

Paling Afdhal adalah pada hari ke-7 kelahiran bayi.

Ini adalah berdasarkan Hadis Riwayat Ahmad dan At-Tirmizi: “Seorang anak terikat dengan aqiqahnya yang disembelih pada hari ke tujuh, dan dicukur serta diberi nama.”

Menurut ulama’, jika tak sempat hari ke-7, boleh juga dilaksanakan pada hari ke-14 atau 21 (dua kali gandaan hari ketujuh).

Jika tidak sempat juga, laksanakanlah sebelum anak itu baligh.

 

Bolehkah Aqiqah dengan bahagian lembu?

Tidak terdapat sebarang dalil yang membolehkan pelaksanaan Aqiqah menggunakan bahagian lembu.

Dalam masa yang sama, tiada juga sebarang dalil yang melarang untuk melaksanakan sedemikian.

Seeloknya, laksanakanlah aqiqah dengan sekurang-kurangnya seekor kambing.

No Comment

You can post first response comment.

Leave A Comment

Please enter your name. Please enter an valid email address. Please enter a message.